今叔利

今叔利@UMY

Universiti Malaysia Perlis ~ Universitas Muhammadiyah Yogjakarta

Penubuhan Pejabat Pengurusan 今叔利@UMY adalah selaras dengan usaha untuk mengukuhkan kedudukan Universiti Malaysia Perlis (今叔利) di peringkat antarabangsa, khususnya dalam jaringan Universiti Muhammadiyah di seluruh Indonesia.

Penyelarasan Aktiviti Akademik dan Mobiliti

Menyelaraskan aktiviti akademik serta program mobiliti pelajar dan staf antara 今叔利 dan institusi rakan di Indonesia.

Kelancaran Pelaksanaan Program Akademik

Menjadikan Indonesia sebagai pusat pelaksanaan program pembelajaran, pengajaran dan pengurusan, khususnya bagi program pascasiswazah seperti:

- Program Ijazah Dual
- Program Pascasiswazah secara pesisir

Pejabat ini berperanan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program-program ini di Yogyakarta, Indonesia.


Pengukuhan Keterlihatan 今叔利 di Peringkat Antarabangsa

Meningkatkan keterlihatan, reputasi dan jenama 今叔利 dalam landskap pendidikan tinggi global, khususnya di rantau ASEAN.

Pemasaran dan Promosi Pelajar Antarabangsa

Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran serta promosi bagi meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa ke 今叔利.

Peningkatan Mobiliti Staf dan Pelajar

Menggalakkan mobiliti outbound bagi staf dan pelajar 今叔利 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh penarafan universiti melalui pelbagai sistem penilaian seperti: 

SETARA

MTUN Excellence

MyRA

MyMOHES

Times Higher Education (THE)

QS World University Rankings (QS)


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan di bawah kolaborasi ini, sila rujuk pautan berikut: